Ahad, 31 Januari 2010

Keuntungan Koperasi Keluarga

Hasil keuntungan Koperasi Keluarga Aminah Nordin Kuala Lumpur Berhad
sehingga 1 hb Februari 2010 adalah RM 2800.00. Di mana RM 2000.00 hasil jualan getah di kebun keluarga Aminah Nordin dan RM 800.00 adalah hasil pertanian di kebun pengerusi iaitu Hj. Abdul Sukor.

Ahli2 yg ingin melancong dalam dan luar negara boleh menggunakan perkhidmatan company Saidina Travel supaya koperasi & ahli2 mendapat keuntungan/manfaat darinya. Perjanjian Saidina Travel dengan Koperasi Keluarga Aminah Nordin KL Berhad telah dilakukan pada
31 Januari 2010 di Kuala Lumpur.

Ahli2 keluarga yang mempunyai buah fikiran boleh memberi pandangan kpd pengerusi utk memajukan koperasi keluarga kita. Ahli keluarga yg ingin menggunakan lesen koperasi keluarga utk business juga boleh berbuat demikian. Kertas kerja & MOU bertulis dilakukan antara ahli yg berhasrat utk business dengan pengerusi Koperasi Keluarga Aminah Nordin Kuala Lumpur Berhad.


Perjanjian Bersama Pakej Haji, Umrah & Melancong

Perjanjian bersama antara Saidina Travel & Service Sdn Bhd dan Koperasi Keluarga Aminah Nordin Kuala Lumpur Berhad dilakukan pada 31 Januari 2010. MOU ini antara pengurus Saidina Travel Tn. Hj. Othman b. Ahmad dan pengerusi koperasi keluarga Hj. Abdul Sukor b. Hj. Nordin.

Ahli keluarga yg ingin menunaikan fardu haji tahun 2010 pakej swasta, umrah & melancong boleh menggunakan perkhidmatan Saidina Travel. Ini kerana koperasi keluarga telah membuat perjanjian dgn company ini utk mendapatkan komisyen. Di mana 2 % keuntungan utk koperasi keluarga & 1 % keuntungan utk ahli yg mendapatkan peserta/kumpulan dgn menggunakan khidmat Saidina Travel.

Pengurus Saidina Travel iaitu Hj Othman b. Ahmad merupakan rakan sekolah di Ipoh dahulu.

Ahli boleh merujuk laman web saidinatravel2u.com.